Pembangunan Modul Robot Permainan topik Respirasi Sel menggunakan Model ADDIE
Muhammad Shakir Saad, Sabariah Sharif, Muralindran Mariappan
- 发表年份
- 2018
- 引用次数
- 3
- 访问权限
- 开放获取
摘要
Tajuk respirasi sel mengandungi konsep dan fakta yang abstrak dan memerlukan pendekatan yang berbeza dalam proses pembelajaran bagi membolehkan para pelajar dapat mengaitkan konsep-konsep yang abstrak dalam bentuk pemahaman yang komprehensif. Ini membolehkan para pelajar dapat meningkatkan pencapaian dalam topik ini seterusnya dapat meningkatkan motivasi pelajar dalam meneruskan proses pembelajaran respirasi sel. Oleh itu, pengkaji telah membangunkan bahan pembelajaran robot berasaskan permainan dalam bentuk modul yang bukan sahaja sebagai platform untuk meningkatkan pencapaian malah kemahiran abad ke-21 dan motivasi pelajar. Modul pembelajaran ini akan menyediakan model konseptual bagi pembelajaran untuk meminimumkan keperluan untuk teknik pembelajaran konvensional yang bersifat verbal terutama dalam topik respirasi sel. Penyelidik telah membangunkan modul robot permainan respirasi sel menggunakan reka bentuk pengajaran ADDIE yang terdiri daripada fasa analisis, reka bentuk, pembangunan, pelaksanaan dan penilaian. Modul ini akan digunakan dalam kalangan pelajar matrikulasi kendalian Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (BMKPM).
关键词
相关论文
Applied Nonlinear Control
Jean-Jacques Slotine, Weiping Li
1991
Fractional Brownian Motions, Fractional Noises and Applications
Benoît B. Mandelbrot, John W. Van Ness
1968
Sliding Mode Control in Electro-Mechanical Systems
Vadim Utkin, Jürgen Guldner, Jingxin Shi
2010
Trust Region Policy Optimization
John Schulman, Sergey Levine, Philipp Moritz 等 5 位作者
2015